PEMANDU Red Bull, Max Verstappen (kiri) dikatakan mengakibatkan kemalangan dengan Lewis Hamilton pada awal perlumbaan. - Foto AFP
PEMANDU Ferrari, Sebastian Vettel (tengah) bersama pemandu Mercedes, Valtteri Bottas (kiri) dan Lewis Hamilton di podium. - Foto AFP

SAKHIR, Bahrain: Sebastian Vettel yang menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Bahrain awal pagi tadi mempertahankan pencabar utamanya, Lewis Hamilton apabila diasak mengenai komennya terhadap Max Verstappen.

Hamilton dipersoalkan apabila mengkritik gaya pemanduan pesaingnya dari Belanda (Verstappen) dan menggelaranya sebagai ‘bodoh’.

Kritikan dibuat ketika perbualan peribadi yang dirakam mikrofon di bilik pemandu, sejurus sebelum majlis penyampaian hadiah di podium.

Komen itu dibuat selepas tidak berpuas hati dengan gaya pemanduan pelumba Red Bull, Verstappen yang mengakibatkan kemalangan dengan Hamilton (Mercedes) pada awal perlumbaan yang akhirnya dimenangi pemandu Jerman, Vettel (Ferrari).

Ketika Hamilton ditanya mengenai komennya pada sidang media selepas perlumbaan, Vettel mencelah. “Boleh saya menjawabnya?” katanya.

“Ia tidak adil. Saya tidak tahu apa yang Lewis buat, tapi kami semua pernah berada dalam situasi itu.

“Kami bertarung dengan seseorang dan kadangkala kami berhimpit dan ia sangat rapat - dan ia keadaan yang tegang.

“Adakah anda rasa, jika bandingkan dengan bola sepak. Jika ada mikrofon di mulut pemain, apa yang dikatakan adalah sesuatu yang baik dan mesej baik kepada orang yang menerjahnya dan kadangkala dia juga melakukannya?

“Saya tidak rasa ia adil untuk memberikan kami soalan bodoh seperti itu dan membuat cerita tanpa usul periksa.”

Vettel berkata, adalah normal buat pemandu bertindak mengikut emosi dalam situasi penuh tekanan itu. - AFP

Keputusan penuh GP Bahrain:

1. Sebastian Vettel (GER/Ferrari) 1jam 31min 59.491s,

2. Valtteri Bottas (FIN/Mercedes) + 0.699s

3. Lewis Hamilton (GBR/Mercedes) 6.512,

4. Pierre Gasly (FRA/Toro Rosso) 1:02.234,

5. Kevin Magnussen (DEN/Haas) 1:15.046,

6. Nico Huelkenberg (GER/Renault) 1:39.024,

7. Fernando Alonso (ESP/McLaren) 1 pusingan,

8. Stoffel Vandoorne (BEL/McLaren) 1 pusingan,

9. Marcus Ericsson (SWE/Sauber-Ferrari) 1 pusingan,

10. Esteban Ocon (FRA/Force India) 1 pusingan,

11. Carlos Sainz Jr (ESP/Renault) 1 pusingan

12. Sergio Perez (MEX/Force India) 1 pusingan

13. Brendon Hartley (NZL/Toro Rosso) 1 pusingan

14. Charles Leclerc (MON/Sauber) 1 pusingan

15. Romain Grosjean (FRA/Haas) 1 pusingan,

16. Lance Stroll (CAN/Williams) 1 pusingan

17. Sergey Sirotkin (RUS/Williams) 1 pusingan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 April 2018 @ 9:32 AM