CITY kini 16 mata di depan pasukan tangga kedua.
AFP

LONDON: Manchester City boleh mengurangkan ‘derita’ akibat kalah kepada Liverpool dalam Liga Juara-Juara dengan meraih kejuaraan Liga Perdana berdepan pencabar utama, Manchester United awal pagi Ahad ini.

Skuad kendalian Pep Guardiola akan menjadi pasukan pertama dalam sejarah 26 tahun liga, meraih kejuaraan berbaki enam perlawanan jika mereka menewaskan United di Etihad – seterusnya menamatkan dominasi mereka dalam liga.

City kini 16 mata di depan pasukan tangga kedua bimbingan Jose Mourinho, dan ia berkaitan bila berbanding jika meraih gelaran Liga Perdana, kali pertama buat Guardiola di England.

pendahulu itu terdesak untuk kembali memperkukuhkan pasukan selepas tewas 3-0 pada pusingan pertama Liga Juara-Juara di Anfield.

Namun saingan tetangga itu hadir tiga hari sebelum pertemuan kedua peringkat Eropah dan Guardiola berdepan kesukaran mencari yang terbaik sambil percaya dia boleh menukar defisit itu di Etihad.

“Tiada siapa percaya tetapi kami ada satu lagi perlawanan,” kata Guardiola selepas kekalahan kepada pasukan bimbingan Jurgen Klopp. “Kami perlu menerimanya dan kini kami perlu berdepan United di laman sendiri dan kemudian Liverpool.

“Kami akan lihat apa yang akan berlaku. Sudah tentu ia sukar tetapi kami percaya.”

United, juara Liga Perdana beberapa kali di bawah kendalian bekas pengurus, Alex Ferguson, terdesak untuk mengganggu pesta City dan mengembalikan semula maruah mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 April 2018 @ 12:03 PM