DUA badang negara Azroy (kiri) dan Aznil (kanan) berjaya bawa pulang due pingat emas untuk kontinjen negara. -Foto fail
Ajitpal Singh dan Nor Hairulnizam Wahid
sukanteam@nstp.com.my


ATLET angkat berat negara, Muhammad Aznil Bidin terus menceriakan kontinjen negara pada hari pertama Sukan Komanwel selepas menghadiahkan pingat emas emas kedua apabila mengungguli kategori 62 kilogram (kg) di Carrara Sports and Leisure Centre, sebentar tadi.

Aznil yang tidak diletakkan harapan melakukan angkatan 126kg dalam acara snatch dan clean and jerk (162kg) sekali gus menghimpun jumlah angkatan keseluruhan 288kg.

Pingat perak menjadi milik atlet dari Papua New Guinea, Morea Baru yang angkatan keseluruhannya kurang 3kg daripada Aznil sementara gangsa dibawa pulang atlet Pakistan, Talha Talib dengan 283kg.

Pada sebelah pagi, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad seperti yang dijangka menyumbang emas pertama dengan mengungguli kategori 56kg.

Lebih bermakna, dia turut memecahkan rekod dua rekod Sukan Komanwel, kedua-duanya milik Amirul Hamizan Ibrahim dalam acara snatch dan keseluruhan.

Azroy melakukan angkatan 117kg dalam acara snatch, mengatasi rekod lama 116kg milik Amirul yang dilakukan pada Sukan Komanwel New Delhi 2010, clean and jerk (144kg) dan 261kg dalam acara keseluruhan untuk turut memecahkan rekod Amirul di Manchester 2002.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 April 2018 @ 7:48 PM