JUPP HEYNCKES
AFP

SEVILLE: Pengurus Bayern Munich, Jupp Heynckes mengakui anak buahnya tidak bersorak ketika melihat jadual suku akhir Liga Juara-Juara dipaparkan ketika Sevilla akan menunggu kunjungan gergasi Jerman itu sebagai pasukan bukan pilihan Khamis ini.

Buat masa ini hanya Roma yang akan berdepan Barcelona Pada Rabu, boleh mendakwa mereka berdepan misi sukar di saingan suku akhir itu tetapi pasukan Itali itu ada pengalaman mengharungi perlawanan peringkat kalah mati sejak beberapa musim ini.

Sevilla pula menampilkan aksi pertama mereka di suku akhir Liga Juara-Juara.

“Anak buah saya tenang saja ketika undian tempoh hari meskipun mereka baru selesai minum bir.

“Sudah pasti Real Madrid, Barcelona, Manchester City beraksi sangat baik, begitu juga dengan Liverpool, kita ada lima kelab Inggeris di peringkat ini dan kita memperkatakan liga terbaik dunia, tiga daripadanya sudah tersingkir maka kami perlu serius berdepan dengan mereka ini.”

Sevilla menyingkirkan gergasi Liga Perdana, Manchester United  menerusi kemenangan 2-1 di Old Trafford. 

Ia jelas pergelutan yang hebat sepanjang tiga bulan buat Vincenzo Montella yang mengambil alih jawatan pengurus pertengahan musim ini.

Sejak mengambil alih, Sevilla berjaya menang ke atas Atletico Madrid di laman sendiri dan tempat lawan dalam saingan Piala Raja Sepanyol yang sebelumnya turut membenam Espanyol di tempat lawan.

Namun mereka turut bolos lima kali ketika berdepan  Eibar, Real Betis dan Atletico dalam saingan liga dan tewas 0-2 di laman sendiri kepada Valencia,

Kejayaan Sevilla mengikat Barcelona 2-2 di laman sendiri Sabtu lalu jelas menunjukkan kehebatan sentuhan Montella setakat  ini.

Dalam pada itu, ketika Montella sedang hangat dikaitkan dengan jawatan pengurus skuad kebangsaan Itali berita berbeza dialami jurulatih Bayern itu yang belum pasti masa depannya.

Heynckes sudah menetapkan tarikh persaraannya musim panas ini sekali gus menyaksikan Bayern mencari calon penggantinya selepas Thomas Tuchel mengesahkan dia sudahpun ada majikan baharu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 April 2018 @ 10:11 AM