PEMAIN Roma, Edin Dzeko (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika meledak gol penyamaan pada aksi Serie A. - Foto EPA-EFE

MILAN: Edin Dzeko memastikan keputusan 1-1 ketika menentang Bologna, namun AS Roma meratapi kecederaan Radja Nainggolan yang boleh memberi kesan kepada pertemuan suku akhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona pertengahan minggu ini.

   

Dzeko yang dimasukkan pada babak kedua melakukan tandukan pada minit ke-76 di Stadium Dall'Ara, selepas Erick Pulgar meledak gol pendahuluan Bologna minit ke-18.

   

Roma memburu kemenangan keempat berturut-turut saingan Serie A bagi mengukuhkan tempat ketiga.

   

"Sukar untuk menjelaskan apa yang tidak kena," kata Dzeko.

   

"Kami terlalu perlahan pada babak pertama, tiada gerakan, walaupun mencipta beberapa peluang menarik. Mereka hanya mempunyai satu peluang ke arah gol dan meledak jaringan.

   

"Penghujung perlawanan kami mendapat mata yang penting namun kami sebenarnya melepaskan dua mata hari ini."

- AFP    

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 April 2018 @ 12:44 AM