Rakitic (kiri) sedia terima kembali Neymar di Nou Camp. -Foto EPA
Reuters

MADRID: Pemain tengah Barcelona Ivan Rakitic sedia menyambut kepulangan Neymar ke Nou Camp dengan tangan terbuka apabila khabar angin melaporkan penyerang Brazil itu menyesal berpindah dari Catalan ke Paris St Germain.

Neymar kini dalam proses pemulihan daripada pembedahan kaki di Brazil dan terlepas perlawanan di mana PSG tewas 1-2 kepada Real Madrid yang menyingkirkan kelab Perancis itu daripada Liga Juara-Juara Rabu lalu.

 Media Sepanyol kemudiannya melaporkan penyerang itu tidak selesa berada di Paris dan memberitahu bekas rakan sepasukannya mahu kembali ke Barca.

“Dia tidak memberitahu apa-apa kepada saya tetapi jika saya yang membuat keputusan, saya akan bukakan pintu untuknya sekarang,” kata Rakitic kepada media selepas Barca menewaskan Malaga 2-0, yang memboleh kelab Catalan itu berada 11 mata di puncak La Liga.

“Ia bukan kerana saya mempunyai hubungan baik dengannya tetapi kehebatan yang dimilikinya sebagai pemain. Saya akan sentiasa memilih Neymar dalam pasukan saya.”

Neymar menjulang dua gelaran liga, tiga Piala Raja-Raja dan Liga Juara-Juara sepanjang empat musim bersama Barca tetapi kemudiannya meninggalkan Nou Camp untuk ke Parc des Princes pada Ogos apabila PSG menebus klausa pembeliannya dengan bayaran RM222 juta (RM1.06 bilion).

  Neymar menjaringkan 28 gol buat PSG sebelum tercedera tulang metatarsus ketika menentang Olympique Marseille  pada 26 Februari biarpun hubungannya dengan 28 pemain kini diperhatikan sejak pergaduhan dengan Edinson Cavani ketika mengambil sepakan penalti  pada September.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Mac 2018 @ 2:53 PM