PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada atlet terjun negara yang meraih pingat perak di Beijing, hari ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak merakamkan ucapan tahniah kepada gandingan penerjun negara, Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong selepas memenangi pingat perak acara terjun 10 meter platform seirama dalam Siri Piala Dunia di Beijing, hari ini.

"Congratulations @cheongjunhoong & @Pandelela_R for winning silver in the World Series! #NegarakuKebanggaanku," kata Najib menerusi akaun Twitternya, sebentar tadi.

Jun Hoong-Pandelela meraih perak  selepas mengutip 312.24 mata daripada lima terjunan yang dilakukan.

Kejayaan itu harus menjadi tonik terbaik kepada mereka menjelang Sukan Komanwel di Gold Coast, bulan depan apatah lagi ia kejohanan pertama disertai musim ini selepas beraksi di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos lalu. 

Emas acara itu menjadi milik pasangan China, Zhang Jiaqi-Zhang Minjie dengan kutipan 368.22 sementara gandingan Australia, Taneka Kovchenko-Melissa Wu terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas menghimpun 299.46 mata.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Mac 2018 @ 10:42 PM