BERIC (tengah) bersalam dengan pemain Marseille Dimitri Payet selepas tamat perlawanan. -Reuters

PARIS: Tindakan menyelamat oleh penjaga gol pada minit akhir perlawanan menafikan jaringan kedua Florian Thauvin dan tiga mata buat Marseille ketika Saint-Etienne bangkit untuk seri 2-2 dalam saingan Ligue 1 awal pagi tadi.

 

Keputusan itu bermakna Paris Saint Germain kini 10 mata di depan menjelang kunjungan mereka ke Toulouse awal pagi esok dan boleh memberi perhatian terhadap pertembungan Liga Juara-Juara menentang Real Madrid pada pertengahan minggu.

 

Salji tidak berhenti di tengah Perancis namun lebih 30,000 penyokong tuan rumah tidak berhenti menyanyi ketika pasukan mereka mengumpul tujuh daripada keseluruhan sembilan mata.

 

Thauvin meledak dengan voli kaki kiri hasil hantaran lintang melepasi Stephane Ruffier untuk jaringan pertama pada minit keempat selepas pertahanan tergelincir kerana salji.

 

Namun Kevin Monnet-Paquet kemudiannya melepaskan sepakan mengatasi penjaga gol lawan, Steve Mandanda bagi menjadikan kedudukan 1-1.

 

Ruffier kemudiannya menjadi wira apabila keluar dari gawang dan menghalang cubaan Valere Germain.

 

Namun Marseille sekali lagi mendahului pada minit ke-20 apabila Morgan Sanson meledak sepakan deras terus ke gawang.

 

Pemain gantian, Robert Beric menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-74. - AFP

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Februari 2018 @ 9:57 AM