Mahrez mahu berhijrah ke City. FOTO REUTERS
Telegraph

RIYAD Mahrez berdepan denda sebanyak £200,000 (RM1.1 juta) kerana enggan menjalani latihan bersama skuad Leicester City.

Mahrez menimbulkan kemarahan pegawai kelab itu, semalam apabila gagal melapor diri untuk latihan selepas berbalah untuk mendapatkan perpindahan ke Manchester City sekaligus menjadikan keadaan semakin rumit.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menimbangkan untuk mengenakan denda gaji selama dua minggu terhadap pemain sayap Algeria itu.

Ini adalah kali ketiga berturut turut dia gagal hadir ke sesi latihan dengan pengurus, Claude Puel sedia mengugurkan namanya daripada kesebelasan utama skuad untuk perlawanan menentang Swansea, Sabtu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Februari 2018 @ 3:06 PM