NEYMAR perlu matang dengan enggan layan ejekkan penyokong. FOTO/AFP
AFP

PARIS: Jurulatih Paris Saint-Germain Unai Emery menggesa peminat supaya menunjukkan lebih ‘kasih sayang’ terhadap Neymar, biarpun pemain Brazil itu mempamerkan aksi menakjubkan sejak menyertai kelab pendahulu Ligue 1 itu.

Pemain termahal dunia itu berdepan kecederaan sejak cuti musim sejuk dan diejek kerana mengambil penalti untuk penampilannya sulungnya tahun ini ke atas Dijon, sekali gus menafikan peluang Edinson Cavani memecah rekod jaringan PSG.

Neymar bagaimanapun turut menjaringkan 8-0 pada perlawanan itu dan menjadi watak penting kelab ibu negara itu dengan 24 gol dan Emery mahu peminat PSG terus menyokong bintang mereka.

“Kita perlu berikan kasih sayang kepada Neymar, dia pemain yang perlu kita manfaatkan,” kata jurulatih Sepanyol itu selepas menewaskan Guingamp 4-2 dalam aksi Piala Sepanyol.

“Dia ada di sini, di Paris dan dia pemain yang hebat.”

Ultras PSG turut menyokong Neymar pada perlawanan itu dengan menunjukkan kain rentang bertulis : “Mengejek pemain bertentangan dengan nilai kami.”

PSG melangkah ke perlawanan menentang Montpellier di Parc des Princes awal pagi Ahad dengan kelebohan lapan mata di puncak Ligue 1 berbanding Lyon selepas anak buah Bruno Genesio tampil pasukan kedua yang menewaskan mereka dalam liga berkenaan musim ini.

Neymar tidak beraksi ketika tewas 1-2 berikutan masalah paha dan tidak beraksi sejak pulih daripada kecederaan rusuk sewaktu membelasah Dijon, dengan laporan di Sepanyol mendakwa Real Madrid berharap dapat membeli pemain berusia 25 tahun itu.

“Dia kini dalam proses pemulihan dengan jurufisio, saya berharap dia akan kembali bersama dengan pasukan tidak lama lagi,” kata Emery.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 January 2018 @ 12:24 PM