FALCAO (dua dari kiri) meraikan jaringan penyamaannya ketika menentang Nice. -Foto AFP
AFP

PARIS: Radamel Falcao menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan untuk memberikan Monaco keputusan seri 2-2 dengan Nice yang mendapat sentuhan Mario Balotelli.

Bagaimananapun Marseille berjaya memintas pasukan juara Ligue 1 itu ke tangga kedua selepas menewaskan Strasbourg.

Monaco mendahului pada separuh masa pertama di Stade Louis II menerusi Adama Diakhaby, namun Balotelli menyamakan kedudukan dalam tempoh kurang daripada dua minit seawal separuh masa kedua.

Bintang Itali itu menjaringkan gol keduanya pada minit ke-68 namun Falcao yang baru pulih daripada kecederaan berjaya meledak gol penyamaan pada minit kedua masa tambahan.

Satu mata itu melebarkan aksi Nice tanpa kekalahan kepada tujuh perlawanan manakala Monaco yang dikendalikan Leonardo Jardim akan tersingkir dari tiga kedudukan teratas untuk Liga Juara-Juara jika Lyon menewaskan Guingamp awal pagi esok.

Kemenangan ketiga berturut-turut Marseille meletakkan mereka di tangga kedua, ketinggalan sembilan mata berbanding pendahulu Paris Saint-Germain dan satu mendahului Monaco, dengan Nice kekal di tangga keenam.

Pasukan lawan ternyata hebat pada awal perlawanan biarpun tidak mencipta peluang mudah apabila sepakan jauh Balotelli melencong jauh dan percubaan Pierre-Lees Melou terus menuju ke penjaga gol Danijel Subasic.

Bagaimanapun Monaco berada di depan pada minit ke-33 apabiia Diakhaby memanfaatkan peluangnya untuk gol keduanya daripada tiga perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 January 2018 @ 8:25 AM