Azlan Shah catat masa terbaik 1 minit 39.223 saat dibelakang dua pelumba tuan rumah. -Foto fail
Sukhairi Thani
sukhairi@nstp.com.my


PELUMBA SuperSports 600cc negara, Azlan Shah Kamaruzaman sedikit lega selepas menempah barisan kedua untuk perlumbaan Pusingan 6 Kejuaraan motosikal Asia (ARRC) di Litar Buriram, Thailand esok.

Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu merakam masa terbaik 1 minit 39.223 saat untuk berada di belakang dua pelumba tuan rumah, Apiwat Wongthananon dan Chalermpol Polaimai (Yamaha Thailand Racing Team) yang akan memulakan perlumbaan dari petak pertama dan kedua selepas mencatat masa terbaik 1’38.770s dan 1’38.978s pada sesi kelayakan, hari ini.

Anthony West dari pasukan Akeno Speed Racing bakal memulakan perlumbaan dari petak ketiga selepas mencatat masa sepusingan terpantas 1’39.182s.

Kedudukan itu juga memberi kelebihan buat Azlan untuk merapatkan jurang dengan kelompok pendahulu selepas pendahulu keseluruhan, Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda Racing) bakal bermula dari petak kelapan dengan masa terbaik 1’39.794s.

Pelumba di kedudukan kedua (keseluruhan), Yuki Ito (Yamaha Racing) dijadual bermula dari petak ketujuh dengan catatan 1’39.558s dan Taiga Hada (RAMA Honda by NTS T.Pro 10 Ten) dari petak ke-10 (1’40.070s).


AZLAN SHAH

“Saya sebenarnya tidak memikirkan tentang gelaran keseluruhan sebaliknya hanya fokus untuk memberi yang terbaik sewaktu perlumbaan.

“Jentera juga dalam keadaan terbaik cuma beraksi di laman sendiri memberi kelebihan buat dua pelumba Thailand itu untuk bermula dari petak depan,” kata Azlan.

“Saya akan cuba mengekori pelumba di depan sewaktu perlumbaan nanti dan melihat jika ada peluang untuk memintas dan menamatkan perlumbaan di atas podium atau pun setidak-tidaknya di depan Zaqhwan dan Ito.”

INFO

Keputusan sesi kelayakan

SuperSports 600cc

1) Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha Thailand Racing TEAM 1:38.770s

2) Chalermpol Polaimai (THA) Yamaha Thailand Racing Team 1:38.978s

3) Anthony West (AUS) Akeno Speed Racing 1:39.182s

4) Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 1:39.223s

5) Thitipong Warokorn (THA) Kawasaki Thailand Racing Team 1:39.491s

Asia Production 250cc

1) Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1:53.522s

2) Muklada Sarapuech (THA) AP Honda Racing Thailand 1:54.070s

3) Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 1:54.200s

4) Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 1:54.263s

5) Peerapong Luiboonpeng (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 1:54.350s

Underbone 150cc – Superpole

1) Azroy Hakeem Anuar (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 2:05.477s

2) Anggi Setiawan (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM RACETECH Racing Team 2:05.584s

3) Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 2:06.480s

4) Md Muzakkir Mohamed (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 2:06.483s

5) Nattawut Rungkigsawas (THA) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 2:07.385s

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Disember 2017 @ 10:50 PM