DONG HYUN (dua dari kanan) sertai Kelantan untuk saingan liga musim depan. -Foto fail
Attirmidzie Rahman

sukanteam@nstp@.com.my

PEMAIN tengah dari Korea Selatan, Do Dong Hyun menjadi tonggak import terbaharu yang diikat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bagi mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Dong Hyun, 23, yang beraksi bersama pasukan UiTM FC musim ini menjadi pemain kedua diserap masuk dalam skuad The Red Warriors (TRW) selepas bekas pemain Selangor, S Veenod, semalam.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan, mengesahkan Dong Hyun yang mempunyai ketinggian 1.73 meter dan pernah beraksi bersama Kelab Brisbane Roar pada musim 2013-2014; FC Gifu (2014) serta North East United (2015-2016) sudah menandatangani kontrak yang ditawarkan.

“Kebolehan Dong Hyun bermain di pelbagai posisi menarik perhatian panel kejurulatihan KAFA yang ditugaskan memilih pemain mengambilnya bagi menyarung jersi Kelantan musim depan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 November 2017 @ 4:16 PM