Pemain Manchester City Fernandinho cuba menyekat Mahrez. FOTO REUTERS
Manchester Evening News

MANCHESTER City mengusahakan perpindahan untuk mendapatkan pemain sayap Leicester City, Riyad Mahrez, menurut laporan di Sepanyol, hari ini.

Pengurus City Pep Guardiola dilapor berminat mendapatkan pemain itu untuk menguatkan bahagian tengah skuadnya sekarang.

Mahrez turut dikaitkan perpindahan ke Arsenal dan Chelsea tetapi menegaskan dia ‘selesa’ bersama kelab itu biarpun terdapat usaha untuk berhijrah pada jendela perpindahan musim sebelum ini.

Guardiola dilihat berbual bersama pemain antarabangsa Algeria itu sewaktu Blues mencatat kemenangan 2-0 ke atas Leicester di tempat lawan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), minggu lalu.

Majalah mingguan sukan Sepanyol, Don Balon yakin perpindahan Mahrez menyertai pendahulu EPL itu menjadi platform sempurna buat pemain berusia 26 tahun itu mengembangkan karier profesional.

City pada masa sama turut cuba mendapatkan perpindahan untuk bintang Barcelona, Mateu Jaume.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 November 2017 @ 4:05 PM