Fabian Peter
fabian.mark@nstp.com.my


ADRIAN Ang (gambar) melaung amaran untuk kembali bangkit pada penyertaan di Kejohanan Bowling Dunia di Las Vegas, Amerika Syarikat, minggu depan selepas tewas 2-3 kepada pemain Thailand, Yannaphon Larpapharat pada Kejuaraan Chameleon Persatuan Pemain Bowling Profesional (PBA), semalam.

Pada aksi yang menggunakan format lima frame itu, Andrian berjaya memenangi dua frame awal dengan catatan 223-198 dan 248-237 namun terpaksa akur tewas 266-227, 259-211 dan 225-187 pada baki saingan.

“Saya kecewa namun saya terpaksa akui yang Yannaphon adalah pemain lebih baik pada perlawanan ini. Keseluruhannya, ia satu pengalaman yang hebat.

“Saya mengharungi perlawanan yang sangat baik sepanjang minggu ini. Secara tidak langsung, ia akan memberikan saya peluang untuk membuat persediaan awal sebelum menghadapi Kejohanan Dunia,” katanya.

Sementara itu, Rafiq Ismail muncul pemain tunggal negara yang masih bersaing di Siri Jelajah Bowling

Dunia.

Rafiq yang gagal berada pada kedudukan lima terbaik pada Kejohanan PBA Dunia, sedang bermain di Kejohanan PBA Cheetah.

Pemain 20 tahun itu akan beraksi dalam skuad ‘Rest of the World’ menentang pasukan Amerika Syarikat, esok.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2017 @ 10:25 PM