MANDZUKIC gegar gawang Finland pada minit ke-57.
Reuters

Rijeka: Harapan Croatia untuk melayakkan diri ke Piala Dunia sedikit terjejas apabila sekadar seri 1-1 menentang Finland dalam aksi Kumpulan I, semalam.

Keputusan itu menyaksikan Croatia kini berada di tangga kedua dengan 17 mata, berkongsi mata bersama Ukraine yang menang 2-0 ke atas Kosovo.

Justeru, aksi terakhir membabitkan kedua-dua pasukan, awal pagi Selasa ini lebih menjurus kepada perebutan kedudukan kedua dalam Kumpulan I.

Iceland yang menang 3-0 ke atas Turki, mengungguli kedudukan Kumpulan I dengan 19 mata.

Begitupun, Croatia dan Ukraine masih berpeluang muncul juara kumpulan sekiranya Iceland yang memburu kejohanan utama keduanya selepas Euro tahun lalu tewas kepada pasukan tercorot, Kosovo.

Terdahulu, pemain gantian, Pyry Soiri meraikan penampilan sulungnya di pentas antarabangsa ketika jaringannya pada minit ke-90 melenyapkan sorakan tuan rumah untuk memastikan keputusan seri.

Pemain itu melakukan sepakan voli dari jarak lapan meter untuk menafikan gol pendahuluan Croatia menerusi Mario Mandzukic pada minit ke-57.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Oktober 2017 @ 3:05 AM