Mayweather bersama Diego serta dua daripada tujuh teman wanitanya. FOTO YOUTUBE/Daily Mail/AGENSI
Daily Mail

PENINJU superstar Floyd Mayweather tidak lokek menceritakan kehidupannya yang penuh glamor.

Apa menarik dia berterus terang memberitahu berapa ramai teman wanitanya dan wang yang tersimpan dalam bank.

Mayweather mendedahkannya menerusi temu ramah bersama puppet (boneka) bernama Diego disaksikan dalam YouTube iaitu Awkward Puppets di kelab malam miliknya Girl Collection di Las Vegas, semalam.

Dia turut memiliki 25 kereta termasuk Bugatti berwarna merah dan Ferrari kuning di Las Vegas.

Mayweather menegaskan pertarungan jutaan dolar menentang Conor McGregor pada Ogos lalu dianggap penampilan terakhirnya bertarung di gelanggang tinju kompetitif.

“Kali terakhir saya bertarung dan ia mengenai wang,” kata Mayweather.

“Sudah tentu ia realiti kerana selepas ini mereka sudah pasti mahukan saya bertarung dengan makhluk asing dari planet lain.”

Dia ditanya mengenai teman wanita, Mayweather berkata dia bukan jenis setia kepada seorang wanita.

“Berapa ramai wanita saya ada? Mungkin tujuh,” kata Mayweather.

“Tujuh angka bertuah saya”.

Mayweather berkata:”Kami keluar makan bersama dan mengembara bersama. Jika terlalu rapat sama seperti tidak mempunyai satu pun.”

Diego turut bertanyakan kemewahan serta wang dimiliki.

Mayweather memberitahu dia ada beberapa akaun bank tetapi hanya menggunakan satu sahaja satu satu masa.

“Yeah, ada USD200 juta (RM840 juta), USD300 juta (RM1.3 bilion). Dalam akaun berbeza,” katanya.

Mayweather mengumpul sebanyak USD100 juta (RM420 juta) sewaktu berlawan dengan jaguh MMA, McGregor.

Dia menewaskan atlet lasak Ireland itu di pusingan ke-10 sekaligus meraih kemenangan karier kali ke-50.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 4:20 PM