Ronaldo selaku deejay lancar minyak wangi. FOTO DAILY MAIL/GI
Daily Mail

SUPERSTAR Real Madrid Cristiano Ronaldo (CR7) beralih menjadi deejay (DJ) untuk mengumumkan pelancaran produk minyak wangi terbarunya.

Minyak wangi botol merah CR7 Eau de Toilette (EdT) itu adalah produk ketiga dalam rangkaian perniagaan antarabangsa minyak wangi bintang Portugal itu.

Dijual pada harga pasaran £19 pound (RM105), set minyak wangi terbabit merangkumi gel mandian, deodoran dan penyegar nyaman selepas bercukur.

Ronaldo sempat memanfaatkan masa cuti rehat antarabangsa dan kembali ke Madrid untuk berada pada majlis pelancaran rangkaian CR7.

Dia juga meledak hatrik membantu Portugal menewaskan Faroe Islands 5-1 sebelum membantu Andre Silva menjaringkan gol menang 1-0 ke atas Hungary pada perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 September 2017 @ 6:18 PM