NICOL
Devinder Singh
devinder@nst.com.my


Kuala Lumpur: Joelle King menafikan impian Nicol David untuk mengekalkan takhta Terbuka China selepas menyingkirkan juara skuasy dunia lapan kali itu di suku akhir di Shanghai semalam.

Pemain nombor 11 dunia dari New Zealand itu dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk mengejutkan pilihan kelima Nicol 8-11, 11-8, 4-11, 11-7, 11-5 dalam 66 minit.

Nicol, yang menang di Terbuka China pada 2013, menjadi mangsa kedua Joelle dalam beberapa hari ini selepas dia mengejutkan juara bertahan Laura Massaro dari England di pusingan pertama.

Kekalahan itu menyaksikan Nicol, 24, gagal mengulangi pencapaian muncul juara Ciudad de Floridablance di Colombia Mac lalu apabila dia tersingkir sama ada di separuh akhir atau lebih awal dalam empat saingan selepas itu.

Kemenangan itu yang pertama buat Joelle, 28, ke atas Nicol dalam 13 pertemuan. Ia juga menyaksikan pemain itu menukar keputusan di Terbuka Hong Kong tahun lalu apabila Nicol bangkit daripada ketinggalan 1-2 untuk menang baki dua permainan.

Kekalahan itu hadir sebelum ranking dunia untuk September dikeluarkan yang bakal menyaksikan Nicol kembali berada dalam kelompok lima pemain terbaik buat kali pertama sejak November tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2017 @ 4:30 AM