LIVERPOOL diletakkan dalam balang tiga bersama Basel, Besiktas, Napoli, Olympiakos, Roma dan Tottenham.
AFP

PARIS: Neymar dinafikan kepulangan segera ke Barcelona apabila undian Liga Juara-Juara dijalankan di Monaco, malam ini.

Kedua-dua kelabnya Paris Saint-Germain dan kelab gergasi Catalunya yang ditinggalkannya awal bulan ini dengan rekod dunia 222 juta euro (RM1.1 bilion) diletakkan dalam balang kedua - antara pasukan pilihan kedua.

Juara bertahan dan penyandang juara Sepanyol, Real Madrid mengetuai balang pilihan utama - membabitkan juara lapan negara ranking tertinggi UEFA.

Chelsea (England), Bayern Munich (Jerman), AS Monaco (Perancis), Benfica (Portugal), Juventus (Itali), Spartak Moscow (Russia) dan Shakhtar Donetsk (Ukraine) melengkapkan balang satu.

Namun balang kedua dilihat lebih kuat dengan kedua-dua kelab Manchester, Borussia Dortmund, Atletico Madrid, Sevilla dan FC Porto di samping PSG dan Barca.

Pasukan berbahaya termasuk Tottenham Hotspur, dua kelab Itali, Napoli dan AS Roma dalam balang tiga bersama Liverpool yang menyertai mereka selepas mengatasi Hoffenheim, awal pagi tadi.

Setiap kelab akan diundi dalam lapan kumpulan dengan kelab dari negara sama diasingkan.

Balang 1:

Real Madrid (ESP/juara bertahan), Bayern Munich (GER), Juventus (ITA), Benfica (POR), Chelsea (ENG), Shakhtar Donetsk (UKR), Monaco (FRA), Spartak Moscow (RUS)

Balang2:

Barcelona (ESP), Atletico Madrid (ESP), Paris Saint-Germain (FRA), Borussia Dortmund (GER), Sevilla (ESP), Manchester City (ENG), FC Porto (POR), Manchester United (ENG)

Balang 3:

Anderlecht (BEL), Basel (SUI), Besiktas (TUR), Napoli (ITA), Olympiakos (GRE), Roma (ITA), Tottenham (ENG), Liverpool (ENG)

Balang 4:

Celtic (SCO), Maribor (SLO), Feyenoord (NED), RB Leipzig (GER), Apoel Nicosia (CYP), Qarabag FK (AZE), Sporting Lisbon (POR), CSKA Moscow (RUS)

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Ogos 2017 @ 9:10 AM