Mayweather (kiri) berperang mulut dengan McGregor pada sidang media. FOTO AFP
AFP

FLOYD Mayweather menuduh Conor McGregor guna taktik “bermain kotor” pada latihan tetapi yakin melalui pertarungan bersih apabila mereka bertembung pada superfight 26 Ogos.

Mayweather memberitahu sidang akhbar dia yakin bintang seni pertahanan diri campuran (MMA) McGregor menggunakan taktik tidak dibenarkan pada sesi sparring.

Bekas peninju digelar raja welterweight itu yang keluar daripada persaraan menentang McGregor di Las Vegas, menyatakan dia melihat tumbukan ke arah tengkuk dalam rakaman latihan McGregor bersama Paulie Malignaggi.

McGregor yang tidak pernah bertarung dalam tinju profesional dilihat cuba untuk menjatuhkan Malignaggi.

Mayweather, 40, bagaimana tidak tertarik dengan taktik itu.

“Saya berpeluang menyaksikan dan jangkaan saya adalah ia menarik,” kata Mayweather terhadap McGregor yang menewaskan Malignaggi.

“Terlalu banyak tumbukan ke leher (rabbit punching), banyak tumbukan tidak dibenarkan di belakang kepala,” katanya.

McGregor menggunakan pengadil veteran Joe Cortez pada sesi kem latihannya untuk membantu dalam peraturan tinju dan memastikan perlawanan bersih.

“Dia mendapatkan Joe Cortez dalam latihan tetapi melihatnya masih bermain kotor,” kata Mayweather.

Seorang lagi pengadil veteran Robert Byrd akan mengadili perlawanan itu dan Mayweather yakin dia akan menguasai perlawanan dipertandingkan.

Byrd mengendalikan perlawanan Mayweather ketika menewaskan Robert Guerrero di Las Vegas pada 2013.

“Saya yakin dia akan melakukan tugasnya dengan baik,” kata Mayweather katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Ogos 2017 @ 5:38 PM