AFP

Nice: Wesley Sneijder (gambar tengah) melengkapkan perpindahan ke Nice kelmarin dan kelab Ligue 1 semakin lengkap dengan nama-nama besar.

Selepas membeli Hatem Ben Arfa dua tahun lalu dan pemain Itali Mario Balotelli musim lalu, Nice sekali lagi berhasrat untuk mendapatkan seorang lagi pemain ternama.

“Nice boleh berharap kepada seorang lagi pemain yang pernah menjulang Liga Juara-Juara selepas Dante dan Mario Balotelli,” kata kelab itu.

“Selepas tiba di Cote d’Azur malam Ahad lalu, Wesley Sneijder pasti mampu mengubah nasib kami selepas lulus ujian perubatan.”

Nice mencuri tumpuan dengan membeli pemain Brazil, Dante yang pernah memenangi Liga Juara-Juara bersama Bayern Munich pada 2013 dan tonggak Maghribi, Younes Belhanda menyertai mereka musim panas lalu.

Belhanda dipinjamkan selama semusim dan kembali ke Dynamo Kiev hujung musim lalu sebelum berpindah ke Galatasaray bagi menggantikan Sneijder.

Pemain Belanda itu yang muncul pemain paling kerap mewakili negaranya, pernah memenangi Liga Juara-Juara bersama Balotelli di bawah kendalian Jose Mourinho di Inter Milan pada 2010.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Ogos 2017 @ 9:45 AM