Ronaldo hadir ke mahkamah untuk selesai kes elak cukai. FOTO AFP
AFP

PEMAIN bolasepak megastar Cristiano Ronaldo hadir ke mahkamah berhampiran Madrid, hari ini atas tuduhan mengelak cukai jutaan euro dan pemain terbaru berdepan dakwaan pihak berkuasa cukai Sepanyol.

Pemain berusia 32 tahun itu akan dibicarakan di mahkamah di Pozuelo de Alarcon, berdekatan kawasan perumahan dia menetap di Madrid.

Ronaldo baru pulang bercuti rehat musim panas bersama teman wanita, sanak saudaranya serta kunjungan promosi ke China.

Bintang Portugal itu adalah atlet menerima bayaran tertinggi di dunia menurut majalah Forbes.

Dia mengikut jejaka langkah pencabar bolasepaknya iaitu penyerang Barcelona dan bintang Argentina Lionel Messi yang berdepan kesalahan sama tahun lalu.

Pendakwaraya menuduh Ronaldo mengelak cukai sebanyak 14.7 juta euro (RM74 juta).

Mereka menuduhnya mengambil kesempatan terhadap struktur syarikat ditubuhkan pada 2010 untuk mengelak cukai dengan wang diperolehi di Sepanyol menerusi hak imej daripada pihak berkuasa percukaian.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Julai 2017 @ 12:39 PM