Khairy (tengah) bersama atlet wushu negara menunjukkan aplikasi KL2017 selepas pelancaran Digital@KL2017 di Bukit Jalil. FOTO HM/LUQMAN HAKIM ZUBIR
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my


JAWATANKUASA Pengelola Malaysia (MASOC) hari ini melancarkan platform digital Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bagi membolehkan orang ramai mendapatkan pelbagai maklumat dan perkembangan Sukan SEA dan Para ASEAN 2017.

Platform digital berkenaan antaranya mengandungi aplikasi telefon pintar (untuk iOS dan android), saluran rasmi YouTube KL2017, Facebook, Instagram dan Twitter.

"Platform ini membolehkan orang ramai mengikuti perkembangan KL2017 di hujung jari. Anda boleh mengetahui jadual perlawanan, keputusan dan sebagainya.

"Kita berusaha untuk memberikan pengalaman terbaik kepada peminat sukan tempatan dan serantau," kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada majlis pelancaran, hari ini.

Saingan Sukan SEA berbaki 36 hari dengan temasya dijadualkam berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos manakala Para ASEAN akan berlangsung dari 17 hingga 23 September.

Pada masa yang sama Khairy turut melancarkan iklan rasmi KL2017 dengan mesej "it takes a nation to raise a champion (bersama, kita lahirkan juara)".

Beliau berharap iklan berkenaan akan menjadi inspirasi untuk membakar semangat atlet dan orang ramai untuk terus berjuang tanpa jemu dalam meraih kejayaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Julai 2017 @ 1:44 PM