Oscar (kanan) punca pergaduhan dalam CSL minggu lalu. FOTO AFP
AFP

PEMAIN antarabangsa Brazil Oscar digantung lapan perlawanan, hari ini kerana mencetuskan pergaduhan dalam kalangan pemain ketika perlawanan Liga Super China (CSL).

Pergaduhan itu membabitkan kelabnya Shanghai SIPG dan skuad lawan, Guangzhou R&F.

Bekas pemain Chelsea itu dilihat dua kali menyepak bola kepada pemain Guangzhou, Ahad lalu menyebabkan beberapa pemain lawan meluru ke arahnya.

Oscar terjatuh di atas padang sebelum suasana padang menjadi huru hara.

Persatuan Bola Sepak China mengenakan hukuman panjang terhadap empat pemain termasuk Oscar, 25 dan mendendanya sebanyak 40,000 yuan (RM25,000).

Oscar yang tidak dikenakan sebarang tindakan ketika perlawanan adalah antara pemain berprofil tinggi beraksi dalam CSL selepas menyertai kelab SIPG.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Jun 2017 @ 8:55 PM