Costa mahu ke Atletico bukan Itali. FOTO REUTERS
Daily Star UK

PENYERANG Sepanyol Diego Costa sanggup bertekak dengan bos skuad Chelsea Antonio Conte dan bertegas enggan meninggalkan kelab itu kecuali kembali ke pasukan lamanya.

Pengharaman kembali ke Atletico hanya akan berakhir sehingga Januari depan dengan AC Milan dan Juventus berminat untuk membawa Costa ke Serie A.

Costa menyatakan tidak mahu berganjak atau beraksi di Itali malah kemungkinan besar kekal di Stamford Bridge untuk separuh musim pertama Liga Perdana Inggeris (EPL).

Senario itu akan membuat Conte merah padam yang memberitahu Costa, 28, dia tidak lagi sebahagian perancangannya yang diberitahu menerusi teks mesej telefon bimbit.

Tindakan difahamkan tindakan balas daripada Costa yang gembira dapat berkongsi mesej itu kepada umum.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Jun 2017 @ 1:07 PM