SKUAD hoki wanita negara tewas kepada Australia pada perlawanan pertama Kumpulan B, Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Brussels, Belgium.
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

SKUAD hoki wanita negara tewas 0-3 ketika bertemu Australia pada perlawanan pertama Kumpulan B, Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Brussels, Belgium yang juga kempen kelayakan ke Piala Dunia 2018 hari ini.

Bertemu pasukan ranking keempat dunia, pemain bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah yang menduduki ranking ke-22, mempamer semangat melawan sepanjang 60 minit permainan.

Australia di depan seawal minit keempat menerusi pukulan sudut penalti Maddy Fitzpatrick.

Kedudukan 1-0 itu bertahan sehingga minit ke-44 apabila Maddy sekali lagi menambah gol kedua juga menerusi pukulan sudut penalti.

Georgina Morgan mengesahkan kemenangan Australia apabila menyumbang gol ketiga seminit sebelum tamat perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Jun 2017 @ 1:22 AM