Raiola (kiri) ejen uruskan perpindahan Pogba. FOTO EXPRESS

FIFA membebaskan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United daripada sebarang salah laku membabitkan perpindahan pemain tengah Paul Pogba daripada Juventus, hari ini.

Bagaimanapun badan induk pentadbir bolasepak antarabangsa itu membuka prosiding disiplin terhadap kelab Itali itu.

United diminta oleh FIFA maklumat rekod dunia perpindahan Pogba bernilai 89 juta pound (RM482 juta) daripada Juventus berikutan pendedahan mendakwa mengenai rundingan itu pada harga yang tinggi.

Sebuah buku bertajuk "The Football Leaks: The Dirty Business of Football" mendakwa ejen Pogba iaitu Mino Raiola mengaut keuntungan sebanyak 40 juta euro (RM172 juta) daripada rundingan itu dengan Juventus membayar sebanyak 27 juta euro (RM129 juta).

"Kami boleh mengesahkan prosiding disiplin dibuka terhadap Juventus. Kami tidak boleh mengulas lanjut kerana proses itu masih berterusan," kata jurucakap FIFA.

"Kami boleh mengesahkan tiada sebarang prosiding disiplin dibuka terhadap Manchester United."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Jun 2017 @ 1:25 PM