McGregor tidak sabar melawan Mayweather. FOTO fail REUTERS
AFP

PENINJU legenda Floyd Mayweather dan ikon seni mempertahankan diri campuran (MMA) Conor McGregor mengesahkan perancangan bertarung dalam gelanggang yang sudah lama dinantikan peminat.

Pertembungan itu bagaimanapun mendapat kritikan dan sokongan dalam apa disifatkan sebagai perlawanan paling lumayan dalam sejarah.

Mayweather dan McGregor mengungguli acara masing masing akan berlawan di gelanggang tinju pada pertembungan di T-Mobile Arena Las Vegas pada 26 Ogos.

Mayweather, 40 meletak sasaran untuk mencatat rekod 50-0 sementara McGregor diletakkan sebagai bukan pilihan dalam perlawanan tinju 12 pusingan.

Kejayaan buat atlet Ireland itu akan menjadi satu kejayaan mengejutkan yang sangat besar.

"Floyd adalah peninju terhebat sepanjang zaman manakala Conor adalah mahaguru dalam sukan kami," menurut promoter MMA Dana White.

"Saya menyangka ia pertarungan mustahil untuk dilakukan tetapi tetapi ia adalah perlawanan yang tepat pada masanya dan kami membuat keputusan yang tepat."

Mayweather umum perlawanan terbabit menerusi akaun Instagram dengan grafik menyatakan "IT'S OFFICIAL!!!" menunjukkan kedua dua peninju dan atlet MMA itu dengan menyenaraikan Las Vegas sebagai lokasi

McGregor sebelum itu mengirim tweet menyatakan "THE FIGHT IS ON."

McGregor mendapat lesen tinju California tahun lalu tetapi masih menunggu permohonan Nevada untuk diluluskan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Jun 2017 @ 4:54 PM