KEVIN De Bruyne (kanan) melepasi asakan pemain Watford.

Watford, England: Pep Guardiola menegaskan Manchester City ketinggalan berdekad di belakang kelab terbesar Eropah meskipun menang 5-0 ke atas Watford untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Pengurus City itu berpuas hati dengan keputusan pada hari terakhir musim Liga Perdana buat salah satu kelab terkaya di dunia, namun bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu berkata, kekayaan itu tidak boleh diterjemahkan kepada pengalaman dan status.

“Apabila Real Madrid dan Barcelona mahukan seorang pemain pasukan lain sukar bersaing,” kata pengurus dari Sepanyol itu. “Ia bukan saja wang. Ia adalah Real dan Barca. (Wang) bukan segala-galanya. Untuk bersaing dengan mereka, kami perlukan masa, berdekad lamanya.

“Sudah bertahun kelab ini tidak bermain di Eropah dan kini kami berada di sana selama tujuh tahun, tapi untuk mencapai tahap seterusnya, jurang itu semakin rapat cuma ia lebih sukar, bertanding dengan kelab besar Eropah seperti Real Madrid, Barcelona, Bayern Munich, Juventus.

“Atletico Madrid mengambil langkah seterusnya, tapi mereka juga tidak mampu menjuarai Liga Juara-Juara meskipun berhak mendapatkannya.” - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Mei 2017 @ 12:07 PM