PEMAIN Gemang FC bergambar bersama.

Jeli: Pasukan Gemang FC muncul juara Kejohanan Liga Penalti Terbuka Parlimen Jeli selepas mengalahkan Remaja Jeli 4-0 di padang bola sepak Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Jeli, baru-baru ini.

Walaupun baru diperkenalkan, kejohanan unik yang hanya mempertandingkan sepakan penalti itu mendapat sambutan menggalakkan pemain di sekitar daerah berkenaan.

Kejohanan merebut Piala Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed itu disertai 106 pasukan membabitkan kira-kira 1,300 pemain.

Farhan Che Daud, Muhammad Naif Alias, Muhammad Fazi dan Muhammad Sharif Alias muncul wira Gemang FC apabila mereka menyempurnakan penalti masing-masing manakala Remaja Jeli hanya berjaya menjaringkan dua daripada empat tendangan.

Selaku juara, Gemang FC menerima piala, hadiah iringan, wang tunai RM2,000 dan pingat.

Sementara itu, salah seorang jurulatih yang ditemui Anizan Daud berkata, pertandingan penalti secara liga itu adalah antara pertandingan terbaru yang diperkenalkan di Kelantan.

“Sebelum ini sudah ada kejohanan bola sepak tujuh sebelah dan sembilan sebelah. Kini kita mempunyai liga penalti pula. Saya percaya ia akan mendapat sambutan hangat jika terus diadakan kerana pertandingan seumpama ini boleh dianggap unik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mei 2017 @ 9:39 AM