PRODUK SBW yang siap dimasak dijadikan minuman.
SIA menunjukkan produk SBW.
SBW yang sudah siap dimasukkan ke dalam kotak.
PEKERJA NAFAS Sialin menunjukkan SBW yang sudah siap untuk jalani proses pembungkusan.
PEKERJA memberus SBW bagi membuang kotoran.
PROSES pengasingan sisa kotoran bulu halus yang berwarna hitam.
SBW ditimbang.
PROSES memotong bahagian tapak SBW.
SBW melalui proses pembersihan menggunakan teknologi buih-nano.
PEKERJA mencabut dan mengasingkan bulu kasar serta halus.
PROSES membentuk semula acuan SBW.
Mohamad Hussin
mohamad_hussin@hmetro.com.my

Industri sarang burung walet (SBW) kini antara sektor pertanian popular dalam kalangan usahawan yang berpotensi untuk terus berkembang dan menjadi sumber kekayaan baru negara.

Ia bukan satu industri yang baru di Malaysia malah negara ini antara pembekal ketiga terbesar SBW dunia selepas Thailand dan Indonesia.

SBW adalah sumber makanan berkhasiat untuk kesihatan yang kini antara komoditi yang mampu meraih harga tinggi di pasaran.

Statistik pembangunan industri menganggarkan bilangan premis burung walet meningkat daripada 50,000 premis kepada 63,000 dalam tempoh Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020.


PRODUK SBW yang siap dimasak dijadikan minuman.

Sehubungan itu, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menerusi anak syarikatnya, NAFAS Sialin (M) Sdn Bhd menghasilkan SBW melalui jenamanya iaitu Peladang.

Ketua Pegawai Eksekutif NAFAS Sialin, Datuk Sia Swee Seng berkata, produk hiliran SBW yang sebelum ini tertumpu pada pasaran China kini turut mendapat permintaan dari serata dunia.

Beliau berkata, peningkatan positif itu membuktikan asas yang kukuh dari segi keupayaan negara mengeluarkan SBW sehingga menerajui pasaran dunia.


SIA menunjukkan produk SBW.

“Pengeluaran SBW terbahagi kepada dua jenis iaitu SBW mentah (mentah, tidak bersih) dan SBW bersih (mentah, bersih).

“SBW dihasilkan daripada air liur burung terbabit dan disebabkan bulu serta kotoran di udara melekat pada permukaan air liurnya yang masih basah menyebabkan kebersihan sarangnya terjejas.

“Kualiti kebersihan produk SBW antara aspek paling penting yang dititikberatkan. Mengikut cara tradisional, sarang burung dibersihkan tanpa diceraikan, namun, cara pembersihan tradisional ini tidak dapat membersihkan sarang burung dengan sempurna dan tidak dapat mencapai tahap kebersihan yang tinggi.


PEKERJA mencabut dan mengasingkan bulu kasar serta halus.

“Jadi kita perlu mematuhi garis panduan penyediaan produk SBW yang berkualiti bagi mencapai tahap kebersihan yang meyakinkan,” katanya ketika ditemui di kilang NAFAS Sialin di Tangkak, Johor, baru-baru ini.

Menurutnya, produk SBW Peladang adalah tulen dan dijamin kebersihan selain mengekalkan khasiatnya.


SBW melalui proses pembersihan menggunakan teknologi buih-nano.

“Khasiat SBW yang paling penting ialah asid sialik yang melindungi sel badan manusia dan melambatkan proses penuaan.

“Selain itu, ia juga memberi manfaat kepada minda, meningkatkan tahap memori dan pelbagai kebaikan lain kepada tubuh manusia.

“Kebanyakan orang tidak makan SBW kerana mereka beranggapan ia kotor. Oleh itu, proses pembersihan adalah amat penting.


PROSES memotong bahagian tapak SBW.

“Kami mengambil SBW asli dari tujuh pusat pengumpulan yang ditubuhkan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP),” katanya.

Sia Swee berkata, bagi menghasilkan produk SBW berkualiti, pihaknya menggunakan teknik dan teknologi pembersihan yang dicipta sendiri, di mana sarang burung diceraikan supaya ia dapat dicuci dan dibersihkan dengan sempurna.


PEKERJA memberus SBW bagi membuang kotoran.

“Kami menggunakan teknik profesional, teknologi canggih dan sistem pengurusan kualiti yang teratur dan ketat.

“Pertama sekali, SBW akan dicuci menggunakan teknologi buih-nano untuk menanggalkan kotoran halus yang larut di dalam air.

“Selepas itu, SBW akan dikeringkan dan kemudian dicerai-ceraikan menjadi serpihan untuk dibersihkan daripada bulu burung dan kotoran yang kasar.


SBW ditimbang.

“Ia akan dicuci berulang kali dengan aliran air yang deras bagi membersihkan secara keseluruhan dan diproses sekali lagi untuk mengeluarkan bulu-bulu dan kotoran yang halus,” katanya.

Kemudian katanya, SBW yang sudah dibersihkan akan dibentuk mengikut acuan, dikeringkan dan dirawat di bawah sinaran UV untuk membasmi kuman.


PROSES pengasingan sisa kotoran bulu halus yang berwarna hitam.

“Selain produk SBW bersih, kami turut mengeluarkan produk hiliran iaitu sup yang dibotolkan dan kopi.

“Premis pengeluaran kami mempunyai pensijilan ISO22000, Amalan Pengilangan Baik (GMP), Analisis Bahaya Titik Kawal Kritikal (HACCP), Halal dan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), ISO22000 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pengiktirafan pihak berkuasa negara China,” katanya.


PEKERJA NAFAS Sialin menunjukkan SBW yang sudah siap untuk jalani proses pembungkusan.

Tujuh Pusat Pengumpulan SBW LPP untuk NAFAS Sialin:

• Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah

• PPN Terengganu

• Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gua Musang, Kelantan,

• PPK Bandar Baharu, Kedah

• PPK Manjung Selatan, Perak

• PPK Tanjung Karang, Selangor

• PPK Pagoh, Johor

Khasiat SBW

• Meningkatkan sistem imun, antibodi dan metabolisme

• Mengandungi 18 jenis asid amino yang baik untuk lelaki dan wanita

• Makanan tambahan untuk kesihatan dan kecantikan

• Memberikan tenaga dan melancarkan aliran darah

• Mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif dan gelatin

• Membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan

• Menghasilkan kulit yang muda, lembut, licin dan halus


SBW yang sudah siap dimasukkan ke dalam kotak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Mac 2018 @ 9:43 AM