GAMBAR hiasan.
Mohd Rizal Azman Rifin

Hidup tanpa ketenangan dan kedamaian tidak memberikan sebarang makna. Tiada siapapun yang mahu hidupnya dirundung rasa resah gelisah.

Ada yang memberikan pengertian tenang dan damai jiwa itu terhasil selepas memperoleh harta kemewahan serta pemilikan rumah besar dan indah.

Ada juga merasakan jiwa akan tenteram dan damai setelah menduduki jawatan atau kedudukan tinggi.

Sebab itu, kita tidak hairan apabila menyaksikan masyarakat hari ini penuh dengan pelbagai konflik semata-mata mencari kebahagiaan yang bersifat sementara.

Keinginan dan kehendak hawa nafsu sentiasa didahulukan. Mereka menganggap dunia ibarat rumah kekal yang akan dihuni selamanya.

Kehidupan lebih terarah kepada gaya hidup berbentuk ‘perlumbaan’ mencari harta kekayaan dan meraih kedudukan.

Fenomena itu menunjukkan manusia kini menjadikan dunia sebagai matlamat hidup.

Islam tidak pernah menghalang umatnya terbabit dalam urusan keduniaan.

Islam masih memberi ruang dan peluang seluas-luasnya kepada manusia merebut habuan dunia, namun gaya perebutan harta dan kedudukan dunia itu mesti selari dengan syarak.

Khalifah ar-Rasyidin ketiga yang juga menantu Rasulullah SAW, Saidina Uthman bin Affan menghidu fenomena umat Islam yang bakal menjadikan dunia sebagai pentas merebut kekayaan dan kedudukan.

Beliau pernah memberikan peringatan mengenai hal itu dengan satu pesanan: “Ketahuilah dunia itu hijau dan menyenangkan. Banyak manusia yang terpesona dan ingin mendekatinya. Oleh sebab itu, janganlah kamu tertipu olehnya. Jangan menjadikan dunia, tujuan hidup kamu kerana jika dunia telah menguasai hati kamu, dia akan sukar dilepaskan daripada hati kamu.”

Selanjutnya, Uthman bin Affan berkata: “Dunia tidak akan meninggalkan manusia, ia akan mempergunakan manusia yang mencintainya sehingga si pencinta dunia itu menemui ajalnya.”

Pesanan Uthman itu mengingatkan kita dengan apa yang difirmankan oleh Allah SWT menerusi Surah al-Hadid, ayat 20 yang bermaksud: “Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan manusia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan yang dimegahkan serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi ke-ring dan kamu lihat warnanya kuning dan hancur. Kemudian, di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan daripada Allah serta keredaan-Nya. Kemudian kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. Maka jangan menjadikan dunia tujuan hidup.”

Kita seharusnya meluruskan pemahaman mengenai kedudukan dunia dan memperbetulkan kaedah mencari ketenangan jiwa.

Sudah terbukti bahawa menyandarkan kepada dunia, manusia pasti akan cepat hilang pedoman yang memungkinkan berlakunya pelbagai krisis dan konflik dalam jiwa sendiri.

Apabila kita memilih ‘pakej’ kehidupan yang dipandu oleh Allah, jiwa tidak mudah dilanda keresahan dan cemburu dengan keindahan dunia.

Berzikir antara amalan yang boleh menjadikan jiwa sentiasa merasa damai dan tenteram.

Semakin banyak bacaan zikir diucapkan sama ada sewaktu solat atau di luar solat, jiwa sentiasa terpaut dan bersandar kukuh kepada Allah.

Kita sedar bahawa Allah dekat dengan kita dan Dia akan membantu dalam apa keadaan sekalipun.

Memetik lagi pesanan Saidina Uthman bin Affan: “Ketahuilah, bahawa kesenangan hidup yang kamu dambakan bukanlah pada kemegahan rumah yang kamu diami. Bukan pula pada kekayaan yang kamu simpan. Bukan pula pada takhta dan jawatan yang kamu miliki. Akan tetapi, kesenangan hidup dan kebahagiaan jiwa hanya boleh diraih dengan amalan soleh (perbuatan baik).”

Beliau sendiri memperakui menemui ketenangan jiwa menerusi tiga acara kehidupan yang menjadi kegemarannya.

Antaranya, memberi makan kepada orang kelaparan sehingga mereka kenyang.

Selain itu, ketenangan jiwa itu kata Saidina Uthman tatkala beliau menyedekahkan pakaian kepada orang-orang yang tidak memiliki pakaian.

Sumber ketenangan jiwanya juga terzahir apabila mengamalkan bacaan al-Quran sebagai amalan harian.

Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Jun 2019 @ 8:46 AM