GAMBAR hiasan.
AL-FIQH

Jika ada yang mengatakan yang dimaksudkan dengan keguguran itu memadai jika keluar segumpal darah (alaqah) atau seketul daging (mudghah) kerana berpandukan kata-kata bidan kedua-dua itu adalah asal usul kejadian manusia.

Sekiranya tidak yakin dengan perkara itu kerana ketiadaan bidan atau kerana sebab lain, adakah yang gugur itu wajib dimandikan?

Pada asalnya tidak diwajibkan, maka tidak wajib dimandikan jika yang gugur itu hanya segumpal darah atau hanya seketul daging.

Seorang lelaki mendapati ada cecair keluar daripada kemaluannya sedangkan dia tidak dapat memastikan apakah yang keluar itu sama ada mani atau wadi, adakah dia diwajibkan mandi?

Sekiranya dia sekadar mengesyaki dan tidak dapat memastikan yang keluar itu air mani atau wadi, dia tidak diwajibkan mandi kerana pendapat kami tidak mewajibkan seseorang itu mandi semata-mata kerana syak.

Bahkan, dia dikehendaki supaya memastikan adakah yang keluar itu mani atau wadi. Jika dia mendapati yang keluar itu air mani, maka dia diwajibkan mandi.

Tetapi sekiranya dia berpendapat yang keluar itu adalah wadi, dia hanya dikehendaki membasuhnya.

Sekiranya seorang wanita mengalami keguguran, tetapi yang gugur itu hanya sebahagian daripada anggota badan bayi, sedangkan keluar sesuatu melalui faraj, maka batal wuduknya.

Bagaimana jika berlaku keguguran yang mana semua anggota bayi yang berselerakan itu keluar? Apakah wanita yang keguguran itu diwajibkan mandi atau tidak? Perlukah dia berwuduk setiap kali hendak mengerjakan solat?

Selain itu, jika ada solat yang tinggal perlukah dia qada’ semua solat itu?

Jika berlaku kelahiran sempurna, wanita yang melahirkan itu wajib mandi. Jika dia ada meninggalkan solat, wajid dia qada’.

Orang berhadas haram berhenti atau duduk dalam masjid. Apakah yang dimaksudkan dengan berhenti atau duduk itu menyamai masa iktikaf atau ia lebih lama daripada masa tamakninah pada solat?

Diharamkan ke atas orang yang berjunub berhenti atau duduk di dalam masjid dalam tempoh masa melebihi kadar tamakninah di dalam solat.

Sumber: Kitab Furu’ Al-Masa’il wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Februari 2019 @ 9:05 AM