GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Bersama Mohd Rizal Azman Rifin

Apabila membaca sirah Rasulullah SAW bersama-sa-ma sahabat-sahabatnya, sudah tentu kita berasa beruntungnya me-reka kerana hidup sewaktu hayat Baginda SAW.

Wahyu yang diturunkan terus diajarkan kepada me-reka. Golongan sahabat juga dapat menghayati se-penuhnya ajaran Baginda, menerima nasihat serta bimbingan secara langsung daripada Baginda SAW.

Tidak hairanlah, mereka begitu kental dengan roh Islam dan sanggup berbuat apa saja demi kepentingan Islam.

Walau sesukar mana se-kalipun dugaan ditempuhi, Rasulullah SAW tidak per-nah menyebabkan sahabat berundur meninggalkan Baginda seorang diri.

Sebaliknya, mereka ber-korban masa, tenaga, harta benda dan nyawa demi me-ngembangkan syiar Islam.

Rasulullah SAW sendiri begitu kagum dengan sikap dan peribadi kental saha-bat-sahabatnya.

Demikian jugalah dengan tabiin dan golongan yang kemudiannya. Mereka ma-sih dikira dalam lingkungan yang rapat dengan Rasulul-lah SAW.

Bagaimana pula dengan diri kita yang sangat jauh masanya dengan zaman Rasulullah SAW serta tidak pernah menatap wajah mu-lia Baginda SAW itu?

Kepatuhan kepada ajaran yang dibawa Baginda SAW sedikit pun tidak luntur. Setiap larangan kita hindari dan setiap nasihat serta pesanannya akan kita pe-nuhi untuk dijadikan bu-daya hidup.

Rasulullah SAW sebenar-nya amat merindui umat-nya pada akhir zaman. Ba-ginda SAW ketika hidupnya pernah melafazkan luahan hatinya yang amat rindu untuk melihat diri kita se-mua.

Kerinduan Baginda itu di-nyatakan di hadapan saha-batnya, Abdullah bin Ab-bas. Beliau menceritakan, pada satu hari selepas solat Subuh berjemaah, Rasu-lullah SAW duduk sambil menghadap sahabatnya.

Kemudian Baginda ber-tanya: “Wahai seluruh ma-nusia, siapakah makhluk Allah yang beriman paling mengagumkan?”

Sahabat menjawab: “Su-dah tentu malaikat, wahai Rasulullah.” Dengan cepat Rasulullah SAW membalas balik jawapan itu dengan menegaskan: “Bagaimana mungkin malaikat tidak beriman? Sedangkan me-reka adalah pelaksana pe-rintah Allah?”

Seketika kemudian, mun-cul jawapan lain daripada sahabatnya: “Jika demikian, maka sudah pasti makhluk Allah yang beriman paling mengagumkan itu adalah para nabi, wahai Rasulul-lah.”

Sekali lagi Rasulullah SAW bersabda: “Bagaimana mungkin para nabi tidak beriman sedangkan wahyu dari langit turun kepada mereka?”

Sahabat Baginda masih tidak berputus asa untuk memberikan jawapan dan kali ini ada yang menja-wab: “Kalau begitu, makh-luk Allah yang beriman paling mengagumkan ada-lah sahabat tuan, wahai Rasulullah.”

Rasulullah SAW sekali lagi bersabda yang sama seperti sebelumnya: “Ba-gaimana mungkin saha-bat-sahabatku tidak ber-iman sedangkan mereka menyaksikan apa yang me-reka saksikan mengenai diriku.

“Mereka bertemu terus denganku, melihatku, men-dengar kata-kataku dan juga menyaksikan dengan mata kasar tanda-tanda kenabian dan kerasulan-ku.”

Sebaik bersabda sedemi-kian, Baginda terdiam se-jenak, kemudian dengan perlahan tetapi bernada tegas Baginda memberi-tahu sahabatnya: “Demi Allah, yang paling menga-gumkan imannya adalah kaum yang datang sesudah kamu.

“Mereka itu beriman ke-padaku, padahal mereka semua tidak pernah ber-temu denganku. Mereka membenarkan diriku tan-pa pernah menyaksikan diriku.

“Mereka menemui tuli-san dan beriman kepadaku. Mereka mengamalkan apa-apa yang ada dalam tulisan itu. Mereka membelaku seperti kamu membelaku.

“Demi Allah, aku sangat ingin berjumpa dengan para kekasihku itu.”

Kemudian, Baginda SAW membaca Surah al-Baqarah ayat 3: “Mereka yang ber-iman kepada yang ghaib, mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian daripada apa yang Kami berikan kepada mereka.”

Selesai membaca ayat itu, Rasulullah SAW mela-fazkan: “Berbahagialah orang yang pernah meli-hatku dan beriman kepa-daku.”

Sambung Baginda lagi dan kali ini dengan nada penuh kerinduan Baginda bersabda: “Berbahagialah orang yang beriman kepa-daku padahal tidak pernah melihatku.”

Baginda SAW mengula-ngi lafaz itu sebanyak tu-juh kali lagi: “Berbahagia-lah orang yang beriman kepadaku padahal tidak pernah melihatku.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Kisah ini bukanlah gam-baran Baginda SAW kurang senang atau tidak kasih terhadap sahabatnya. Ba-ginda sampai marah dan murka kepada sesiapa yang mencela dan merobek imej peribadi sahabatnya.

Tegas Baginda: “Jangan mencela para sahabatku. Jangan mencela para saha-batku. Demi Zat yang jiwa-ku berada di tangan-Nya.

“Andai salah seorang daripada kamu berinfak emas sebesar Gunung Uhud, nescaya tidak akan menyamai infak salah seorang daripada mereka (para sahabat) yang hanya sebesar dua telapak tangan atau setengahnya.”(Hadis riwayat Imam Bukhari)

Kisah Rasulullah SAW sewaktu bersama sahabat-nya itu menggambarkan betapa Rasulullah SAW amat mengagumi umat-nya yang terkemudian yang tidak pernah sekali-pun menatap wajahnya.

Mereka tidak berpeluang bersemuka, mengadu dan mengajukan persoalan mengenai hal ehwal agama atas isu kehidupan seha-rian, tetapi masih men-junjung tinggi setiap ajaran dibawa Baginda.

Lihatlah suasana apabila timbulnya sesuatu isu membabitkan perbuatan penghinaan terhadap Ba-ginda dan Islam. Seluruh umat Islam akan bangkit menunjukkan kemarahan dan membelanya.

Kita yang hidup pada akhir zaman ini tidak per-nah sesekali membiarkan sebarang bentuk penghi-naan terhadap imej dan peribadi Baginda.

Kasih dan cinta terhadap Baginda SAW dan ajaran Islam yang dibawanya ti-dak pernah luntur.

Penulis pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Muadzam Shah, Pahang

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mei 2018 @ 6:23 PM