JASAD Rasulullah SAW dimakamkan di bawah kubah hijau di Masjid Nabawi, Madinah.
Bersama Mohd Shahrizal Nasir

Rasulullah SAW adalah ketua kerajaan Islam di Madinah. Allah SWT memberi pengiktirafan itu terhadap kepemimpinan unggul yang ada dalam diri Baginda menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Hakikatnya, setiap ma-nusia di muka bumi ini menggalas tanggungjawab sebagai khalifah bagi me-makmurkan bumi Allah SWT mengikut ketetapan-Nya.

Rasulullah SAW menun-jukkan contoh kepemim-pinan terbaik bermula dari rumah sehingga memba-bitkan urusan pentadbiran negara.

Kepemimpinan bukan hanya dikira selepas sese-orang itu menang dalam pilihan raya atau dapat memegang jawatan terten-tu dalam sesebuah organi-sasi.

Ingatlah, setiap manusia bertanggungjawab ke atas perkara yang mereka laku-kan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu semua bertang-gungjawab terhadap orang di bawah jagaanmu. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Seorang pemimpin yang beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya tidak sese-kali mengkhianati tang-gungjawab yang diamanah-kan kepadanya.

Allah SWT sentiasa me-merhati dan menilai setiap tanggunjawab yang dipikul oleh setiap pemimpin.

Pemimpin yang bertang-gungjawab tidak akan me-minta apa-apa keistime-waan untuk diri dan ke-luarganya.

Malah, dia tidak meng-anggap dirinya lebih baik daripada orang lain. Pe-mimpin juga perlu sedar pelantikannya itu satu pertanggungjawaban (tak-lif) dan bukan satu kemu-liaan (tashrif) untuk dime-gah-megahkan.

Itulah antara perkara yang menjadi tonggak ke-unggulan kepemimpinan Rasulullah SAW.

Baginda tidak pernah sama sekali menjadikan kapasitinya sebagai seorang pemimpin untuk mengaut keuntungan bagi diri sen-diri dan keluarganya.

Baginda SAW sentiasa mengutamakan kebajikan setiap manusia di bawah kepemimpinannya.

Rasulullah SAW turut mengingatkan pemimpin mengenai bahaya tang-gungjawab yang tidak di-laksanakan.

Sabda Baginda yang ber-maksud: “Tiada seorang pun pemimpin yang me-nguasai urusan kaum Mus-limin, lantas tidak beru-saha bersungguh-sungguh untuk kebaikan mereka dan tidak jujur kepada mereka, melainkan dia tidak akan masuk syurga bersama mereka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kepemimpinan Rasu-lullah SAW berasaskan akhlak hingga Baginda mampu menarik golongan bukan Islam memeluk Islam dan mentaatinya sebagai ketua negara.

Tindak tanduk pemim-pin juga akan sentiasa di-perhatikan rakyatnya.

Kefahaman itulah yang perlu ada dalam diri setiap insan terutama calon pe-mimpin yang akan ber-tanding dalam pilihan raya kali ini.

Sekiranya pemimpin me-miliki sifat terpuji seperti ditunjukkan Rasulullah SAW, pastinya akan lahir masyarakat yang harmoni.

Masyarakat harmoni terdiri daripada kalangan pemimpin dan rakyat sa-ling menyayangi, hormat-menghormati serta sentiasa diingati dalam doa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik pemimpin kamu ada-lah yang kamu cintai dan mereka pun mencintai kamu serta yang sentiasa kamu doakan dan mereka pun selalu mendoakan kamu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mei 2018 @ 6:12 PM