TAN (empat dari kiri) pemenang cabutan pertama hadiah Penginapan Wad Kelas Pertama.
Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my


WANITA hamil terutama pengguna Serum dan Krim Jojo E Stretch Mark daripada Garden of Eden kini berpeluang menebus satu daripada produk ini secara percuma.

Bukan itu saja, pengguna berpeluang memenangi hadiah utama berupa penginapan wad kelas pertama bernilai RM3,000 semasa melahirkan nanti.

Produk ini terutama serum yang berada di pasaran sejak 14 tahun lalu adalah antara yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna terutama ibu mengandung.

Pengarah Urusan Garden of Eden, Samuel Saik berkata, peraduan itu adalah tanda penghargaan pihaknya kepada pelanggan yang setia menggunakan produk keluaran mereka terutama Jojo E Stretch Mark Serum.

“Produk ini bukan saja mudah digunakan dan melembutkan kulit, malah ia juga dapat mengelak dan merawat kulit daripada kesan regangan terutama di trimester kedua dan ketiga berikutan kenaikan berat badan secara mendadak akibat tumbesaran bayi dalam kandungan.

“Dengan cabutan ini, pengguna terutama ibu hamil tidak perlu risau kesan regangan kulit dan pada masa sama dapat menikmati keselesaan menginap di wad kelas pertama selepas melahirkan nanti,” katanya selepas cabutan hadiah utama di Mid Valley, baru-baru ini.

Cabutan pertama untuk hadiah Penginapan Wad Kelas Pertama itu dilakukan oleh pelakon dan pengacara yang juga pengguna setia Serum dan Krim Jojo E Stretch Mark, Dynas Mokhtar.

Ia dimenangi Tan Shin Sze, 33, yang dijadualkan melahirkan anak pertamanya di hospital swasta pada bulan ini.

Ada dua lagi cabutan yang boleh disertai dan berharap pengguna tidak melepaskan peluang keemasan ini.

Mudah saja untuk menebus produk percuma seterusnya layak menyertai cabutan hadiah utama. Pengguna hanya perlu mengikuti tiga langkah mudah dengan memotong empat kepak penutup atas kotak sama ada Jojo E Serum atau Krim dan melekatkannya pada borang penebusan yang disediakan untuk melakukan penebusan.

Kemudian isi butiran diperlukan pada borang penyertaan dalam risalah bagi memenangi hadiah utama Penginapan Bilik Kelas Pertama bernilai RM3,000 apabila bersalin nanti. Penebusan hadiah percuma boleh dilakukan di mana-mana kedai farmasi yang mengambil bahagian.

Jojo E Stretch Mark Serum daripada Garden of Eden menggunakan 100 peratus pati botani seperti minyak jojoba, minyak safflower, minyak biji anggur dan vitamin E semula jadi (d-alpha tocopherol) dengan minyak bunga geranium yang selamat untuk ibu dan bayi.

Manakala Jojo E Stretch Mark Cream diperkaya dengan rhapontisin, shea butter, ekstrak crowberry dan minyak argan.

Produk ini tidak mengandungi minyak mineral, ekstrak haiwan, bahan pengawet, alkohol, pewarna dan pewangi sebaliknya bertindak sebagai pelembap intensif yang baik untuk kulit kering serta gatal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Oktober 2019 @ 5:00 AM