EMERALD Sepang
Nabil Basaruddin
nabil.basaruddin@hmetro.com.my


BELI rumah bersama GuocoLand Malaysia (GuocoLand) dan anda berpeluang memenangi pelayaran selama 11 hari di Alaska serta pelbagai hadiah menarik lain bernilai lebih RM250,000.

Semua hadiah menarik itu ditawarkan menerusi Kempen BEST yang dijalankan syarikat hartanah itu bermula 1 September hingga 31 Disember ini.

Selain itu, ia juga sejajar dengan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang dilanjutkan sehingga hujung tahun yang menawarkan insentif istimewa dan penjimatan berganda apabila membeli rumah dari GuocoLand.

Pengarah Eksekutif GuocoLand Malaysia Bhd, Andy Chua berkata, membeli rumah tidak pernah menjadi begitu mudah bersama ganjaran serta hadiah yang ditawarkan itu.

Beliau berkata, sebagai hadiah utama, seseorang pemenang bersama pasangannya dapat menikmati pelayaran selama 11 hari di Alaska bernilai lebih RM50,000 dan berpeluang menyaksikan pemandangan indah glasier, ikan paus dan meneroka bandar pelabuhan itu.

“Kami sentiasa menghargai pelanggan dan Kempen BEST selama empat bulan adalah cara berterima kasih kepada mereka.


EMERALD Cheras

“Malah, kami juga menyokong sepenuhnya inisiatif kerajaan melalui HOC dan menerusi Kempen BEST, ia membolehkan syarikat meningkatkan pengalaman pembeli.

“Sebagai landasan untuk menghargai pelanggan kami, kempen ini dinamakan sebagai ‘BEST’ yang bermaksud Membeli Dengan Mudah, Jimat dan Nikmati (Buy with Ease, Save and Treasure),” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

GuocoLand Malaysia adalah pemaju hartanah terkemuka yang mempunyai rekod cemerlang melebihi 50 tahun dalam pembangunan perbandaran, komersial dan projek pembangunan bercampur di negara ini.

Antara projek GuocoLand yang termasuk dalam Kempen BEST adalah Emerald 9 dan Emerald Hills di Cheras, masing-masing harga bermula dari RM397,000 dan RM475,000.

Selain itu, projek lain terdiri daripada DC Residensi di Damansara Heights (RM1.2 juta), Emerald Rawang (RM508,000) dan Emerald Sepang (RM298,000).

Menurut syarikat itu, pembeli rumah mula memenangi hadiah dalam segmen Lucky Spin dalam BEST dengan memuktamadkan tempahan pada tempoh kempen berkenaan.

Kemudian, mereka secara automatik layak untuk cabutan Mini Draw dan Grand Draw dengan Perjanjian Jual Beli (SPA) dalam tempoh 21 hari selepas tempahan.

Lebih mengujakan, pembeli rumah bagi projek terbabit juga menerima lebih penjimatan tanpa wang pendahuluan serta percuma untuk yuran SPA, duti setem serta duti setem ke atas pemindahan hak milik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Oktober 2019 @ 8:43 AM